Gelang Kesihatan E-Dymium

E-Dymium Bracelet adalah trombosan saintifik yang unggul dalam bidang terapi magnet, hasil gabungan teknologi magnet dengan fizik moden sains tenaga-bio. Diperbuat dari tanah yang sukar dijumpai, iaitu campuran logam neodymium, besi, boron, nickel dan aluminum, ia dipercayai mengandungi tenaga-bio yang mempunyai ciri-ciri sama seperti medan kuasa semulajadi magnet bumi.

Penciptaan E-Dymium Bracelet adalah untuk memberi kesan tambahan yang kita perolehi dari medan kuasa semulajadi magnet bumi.

Gelang biomagnetik E-Dymium bukan sahaja dicipta sebagai bahan aksesori yang bergaya tetapi di samping itu mempunyai barisan Magnet Neodymium yang terbukti dapat mengembalikan keseimbangan arus elektromagnet di dalam sel-sel darah manusia. Kaedah ini dikenali sebagai "Terapi bio magnetik".

Kebaikan gelang magnetik E-Dymium

  • Meneutralkan pH dalam badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Meningkatkan oksigen dalam badan
  • Mengurangkan kebengkakan (cellular)
  • Mempercepatkan proses biologi dalam sistem badan dan mengurangkan kesakitan
  • Mengawal kencing manis
  • Melegakan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan tenaga batin

Simptom-simptom yang biasa dihadapi dari pemakai

  • Kebas
  • Pening kepala
  • Sakit perut
  • Susah tidur
  • Sakit
    (kesemua simptom ini adalah berlainan bagi setiap individu bergantung pada keseriusan jenis penyakit yang dihadapi)

    PENAFIAN/AMARAN:
    Alat ini telah direka dengan teknologi tinggi khusus untuk tujuan yang diinginkan dan bukan untuk mengesan, mengubati, mencegah atau menyembuhkan sebarang penyakit. Hasilnya mungkin berbeza di antara individu. Tidak disyorkan untuk wanita mengandung dan mereka yang memakai peransang denyut jantung. Jika ragu, rujuk kepada doktor anda sebelum memakai.

Pelbagai pilihan design

Edymium Stainless Steel

  • Material : Stainless Steel - Besi Tahan Karat dan lasak
  • Harga RM225 - RM235 - 1 lot (Boleh beli 1,3 atau 7 untuk mewakili lot yang diinginkan)
  • Daya Magnet 7 - 8 tahun - Gauss Magnet : 1800 - 2300
  • Design Menarik
  • Photo produk klik di sini

Edymium Tatinium
  • Material : Titanium - Lebih ringan dan lasak
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif
  • Harga RM320 - 1 lot (Boleh beli 1,3 atau 7 untuk mewakili lot yang diinginkan)
  • Daya Magnet 200 tahun - Gauss Magnet : -+3000
  • Design Menarik
  • Photo produk klik di sini

Edymium Tungsten
  • Tungsten Carbide : Produk Premium (High grade Ceramic)
  • Tahan Calar dan permukaan yang berkilat seperti seramic.
  • Dihiasi dengan batu berlian Afrika
  • Amat sesuai bagi mementingkan gaya dan status.
  • Harga RM1,580 / RM1,630 / RM1,460 = 7 lot
  • Harga Rm890 (tiada diamond) = 3 lot.
  • Daya Magnet 200 tahun - Gauss Magnet :+ 5000 dan semakin meningkat kerana material tungsten carbide yang memegangnya (material support)
  • Photo produk klik di sini

Edymium Full Saver

FAQ

Apakah yang dimaksudkan dengan Terapi Magnet?
Terapi Magnet adalah satu kaedah terapi yang selamat, tidak memerlukan sebarang kemasukan/prosedur khas dan ianya hanya perlu diletakkan pada tubuh badan. Samada digunakan secara berasingan atau bagi merawat kecederaaan, terapi magnet menyediakan kaedah rawatan yang berkesan terhadap pengawalan kesakitan secara semulajadi dan merangkumi pelbagai keadaan menjadikan ianya satu pilihan terkini untuk semua orang. Ia juga membantu proses penyembuhan dan meningkatkan kualiti tidur tanpa menjejaskan atau mempunyai kesan sampingan.

Adakah terapi ini selamat digunakan?
Ya. Terapi magnet adalah disahkan selamat. Badan Kesihatan Sedunia ( World Health Organization ) telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa aliran magnetik yang statik tidak menjejaskan atau memberi risiko terhadap kesihatan pengguna. Sehingga kini tiada sebarang laporan dikemukakan asalkan ianya dikendalikan/digunakan dengan cara yang betul.
Ada beberapa keadaan dimana terapi magnet ini tidak boleh digunakan iaitu mereka yang menggunakan alat bantuan 'pacemaker', defibrillator, pam insulin atau sebarang alat implan atau ketika mengandung.

Adakah terapi ini mempunyai kesan sampingan?
Tidak.

Berapa lamakah terapi magnet ini telah digunakan?
Terapi magnet ini digunakan pertama kalinya oleh kaum China 4,000 tahun dahulu. Banyak budaya termasuk China, Greek, mesir dan Eropah menggunakan ia sebagai kaedah rawatan, meredakan simptom dan kesakitan. Walau bagaimanapun, saiz dan berat magnet pada masa itu menjadikan ianya sesuatu yang sukar untuk digunakan. Namun pada hari ini, dengan penggunaan bahan yang lebih kuat ianya meningkatkan kesedaran penggunaan terapi ini dengan jayanya. Ianya kini telah digunakan oleh hampir 150 juta orang diseluruh dunia. Sejak tahun 1960, kajian klinikal di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa terapi magnet ini berkesan bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Negara Jepun dan banyak negara Eropah timur telah menjalankan beratus kajian selama 300 tahun dan kajian ini masih diteruskan dan didapati ianya banyak memberi manfaat secara meluas dan dalam pelbagai keadaan. Para doktor di Amerika Syarikat telah menggunakan terapi magnet ini didalam urusan pengendalian mereka dan didapati hasilnya terhadap pesakit amat memberangsangkan.

Bagaimana terapi magnet ini bertindak?
Kesemua fungsi fizikal dan mental dikawal oleh aliran elektromagnetik yang dihasilkan oleh pergerakan elektrokimia (ions) didalam tubuh badan kita. Apabila berlaku kecederaan dan kerosakan tisu, caj ions yang positif akan bergerak ke arah tempat tersebut, menyebabkan kesakitan dan kebengkakkan. Bagi membolehkan kesakitan dan kebengkakkan itu reda dan penyembuhan berlaku, aliran elektromagnetik pada tempat tersebut perlu dikembalikan kepada keadaan sebelumnya. (Mengembalikan imbangan)
Penggunaan aliran magnet ditempat sakit akan membantu mengembalikan imbangan aliran ke tahap normal. Aliran magnetik ini akan menganjalkan dinding pembuluh darah, termasuk disekitar otot dan tisu seterunya akan meningkatkan pengaliran darah. Lebih banyak oksigen dan nutrien akan dipindahkan ketempat yang sakit disamping toksin yang menyebabkan kebengkakan dinyahkan. Keseluruhan proses ini mengembalikan imbangan elektromagnetik keseluruh bahagian, meredakan kesakitan dan kebengkakkan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Adakah terapi magnetik ini diiktiraf sebagai salah satu kaedah rawatan alternatif?
Ya. Sebuah badan "National Center for Complementary and Alternative Medicine (NCCAM)" mengklafikasikan terapi magnet ini sebagai satu pendekatan perubatan menggunakan tenaga. NCCAM adalah salah satu dari 27 institut dan pusat yang merangkumi "National Institutes of Health" di Amerika Syarikat. NCCAM menyatakan "Magnet statik telah digunakan berkurun lamanya dalam usaha meredakan kesakitan. Pelbagai laporan telah dikemukan bahawa ramai individu mengalami pengalaman yang ketara dalam kaedah perawatan pada tubuh badan manusia."


Adakah terapi magnet ini menggunakan aliran yang sama seperti talian bekalan elektrik?
Tidak. Aliran elektromagnetik yang mengelilingi talian dan alat elektrik yang digunakan dirumah tiada kaitan langsung dengan aliran semulajadi yang dihasilkan oleh produk terapi magnet.

Sejauh mana keberkesanan terapi magnet ini?
Merujuk kepada pakar dalam bidang ini, produk terapi ini direkacipta dan jika digunakan dengan cara yang betul akan memberikan keberkesanan sehingga 80% - 90%.Hakikatnya, kaedah 'Biomagnetik' ini adalah kompleks dari kebanyakan apa yang kita rasakan. Mengetahui bagaimana ianya bertindak dan kadar keberkesanan bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan kemahiran yang khusus dari rekacipta, pengeluaran dan garis panduan kepenggunaan yang betul. E-Dymium telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam setiap rekacipta dan pengeluaran bagi memastikan keberkesanan produk terapi magnet yang disediakan kepada semua ahli dan pelanggan bagi menghasilkan keberkesanan yang terbaik.

Apakah yang dimaksudkan dengan kedalaman penetrasi dan kenapa ianya penting?
Kedalaman penetrasi dirujuk sebagai berapa jauh aliran magnetik ini akan meresap ke dalam tubuh badan kita. Ianya berbeza mengikut saiz dan kekuatan magnet. Ianya adalah penting. Kedalaman penetrasi adalah ukuran jarak aliran magnetik yang akan memberi keberkesanan yang ketara.

Cara terbaik bagi pengguna mengetahui sejauh mana keberkesanan magnet itu dapat melakukan penetrasi berlandaskan kepada beberapa prinsip asas berikut:
Aliran Magnetik akan berkurangan secara mendadak bersesuaian dengan jarak. Lebih jauh anda dari aliran maka kadar aliran akan menjadi lemah.

  1. Aliran magnetik bumi diukur pada ½ gauss (0.50 gauss). Peraturan asas fizik dan magnet menyatakan bahawa aliran yang kuat akan menyelubungi aliran yang lemah. Apa yang dimaksudkan ialah jika aliran magnet itu lebih rendah dari ½ gauss (0.50 gauss) maka ianya akan diselubungi oleh aliran magnet bumi dan tiada sebarang kesan terhadap kesan terapi.
  2. Secara teknikal, magnet yang mempunyai aliran yang kuat atau lebih dari ½ gauss barulah kesan terapi ini menjadi.

Apa yang menentukan keberkesanan produk terapi magnet?
Untuk keberkesanan, produk tersebut mestilah mengalirkan aliran yang cukup kuat untuk menembusi hingga ke tempat kecederaan. Seringkali kecederaan itu hanya berada beberapa inci dibawah lapisan kulit. Jika produk itu tidak direkacipta dengan teliti aliran magnet akan menurun dibawah tahap terapeutik sebelum ianya sampai kebahagian yang sakit, yang mana ianya tidak berkesan langsung.

Empat faktor menentukan kekuatan dan keberkesanan kedalam penetrasi (berapa jauh ia boleh sampai) terhadap produk aliran magnetik:

  1. Saiz magnet
  2. Jumlah magnet
  3. Polariti (negatif atau positif) menghala ke tubuh badan
  4. Gauss rating pengeluar

Kesemua empat faktor mesti diambil kira dalam menentukan keberkesanan produk terapi magnet. Edymium merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang mengambil kira akan faktor tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan'gauss rating' dan kenapa ianya banyak perbezaan diantara satu sama lain?
'Gauss rating' pengeluar merupakan jumlah tenaga aliran magnetik.
Fikirkanlah sama seperti emas dimana terdapat beberapa karat (10k, 14k, 18k, 24k). Ianya sama juga dengan magnet kerana nilai dan kualiti yang berbeza. Lebih tinggi gred maka lebih tinggi kadar 'gauss rating'.

Terdapat tiga jenis magnet yang digunakan dalam biomagnet:

  1. Magnet getah yang fleksibel - seringkali dirujuk sebagai magnet 'peti sejuk', jika digunakan sebagai magnet terapi ianya perlu lebih kuat dan tebal.
  2. Magnet seramik - terdiri dari kompaun yang dihasilkan dari strontium carbonate dan serbuk ferric oxide. Magnet seramik terdapat secara komersial dalam lingkungan 2300 gauss (grade 1), 3800 gauss (grade 5) dan 3950 gauss (grade 8).
  3. Magnet Neodymium - ini merupakan magnet yang terkuat. Ia merupakan gabungan nadir bumi, Neodymium dengan 'iron dan Boron'. Magnet Neodymium yang komersial biasanya 10,800 gauss (grade 27) atau 11,000 gaus (grade 30). Gred yang lebih tinggi merangkumi 12,300 gauss (grade 35) dan 12,800 gauss (grade 38) boleh diperolehi dari pengeluar khas.

Adakah 'gauss rating' merupakan petunjuk kepada bagaimana keberkesanan sesuatu produk tersebut?
Tidak. Saiz juga adalah penting. Magnet besar mempunyai ruang yang lebih lebar berbanding dengan bersaiz kecil. Ini bermakna ianya boleh menyimpan tenaga secara lebih seimbang dan selaras. Namun, 'gauss rating' pengeluar bukanlah indikator utama keberkesanan magnet tersebut.

Saya telah melihat produk dilaman web yang menyatakan 'gauss ratings' sehingga 280,000. Adakah ini dibolehkan?
Tidak. Alat / mesin MRI tidak mampu menjana tenaga sebanyak itu. Banyak syarikat menggunakan 'gauss ratings ' pengeluar bagi menokok tambah kekuatan magnet tersebut. Contoh, mereka mungkin menggunakan magnet yang mempunyai 'gauss rating' 12,300, tetapi magnet yang digunakan tersangat kecil dan hanya boleh menjana aliran yang kecil sahaja. Ini bermakna ianya tidak dapat meredakan kesakitan anda. Apabila anda melihat akan kadar 'gauss ratings' seperti 30,000, 100,000 dan 280,000 ini bermaksud bahawa syarikat itu mencampur kesemua jumlah 'gauss ratings' magnet tersebut. Ini satu penyelewengan dimana ianya tidak menggambarkan apa-apa dan ianya melanggar hukum fizik. Jika anda ada 28 magnet dengan keupayaan 'gauss rating' 10,000 setiap satu, maka jumlah 'gauss rating' anda masih 10,000 dan bukan 280,000.


Apa yang menyebabkan produk Edymium lebih berkesan dari yang lain?
Ianya bermula dengan keikhlasan dan keinginan kami untuk membantu seramai mungkin terhadap pemulihan dan menikmati kehidupan dengan sempurna. Kepakaran kejuruteraan dan pengeluaran membatasi apa yang kami lakukan dalam industri ini. Edymium menggunakan teknologi yang dipanggil biomagnetik bagi mengoptimakan kekuatan aliran dan penetrasi disamping menyalurkan pemulihan ditempat yang terjejas. Tidak seperti syarikat lain, Edymium menggunakan gred magnet yang telah melalui ujikaji menyeluruh. Kami memastikan bahawa nada meperolehi aliran magnet yang kuat yang boleh menyelubungi bahagian yang mengalami kesakitan lantas menyembuhkan dengan selesa. Ini bermakna anda perolehi:

  • Keberkesanan dalam meredakan kesakitan dan kebengkakkan
  • Penyembuhan yang cepat
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Mencegah dari berulang kecederaan yang sama
  • Selesa dan mudah
  • Peningkatan yang signifikan kearah pemulihan kesihatan

Berapa lama magnet Edymium boleh bertahan?
Magnet kita dijamin sepanjang hayat melainkan kecuaian pengguna yang boleh mengakibatkan kehilangan kuasa magnet gauss.

Adakah terapi magnet produk Edymium berkesan pada saya?
Kebarangkalian produk kami dapat membantu apa jua permasalahan anda. Telah terbukti bahawa keberkesanan dirasai oleh hampir 85 hingga 90 peratus pengguna - yang mana ini lebih baik dari rekod penggunaan perubatan di dalam pasaran.

Bagaimana boleh saya dapatkan hasil yang terbaik dari penggunaan terapi magnet ini?
Kunci utama pada terapi ini ialah kaedah pemulihan dengan penggunaan yang berterusan. Jika anda tidak menggunakan secara berterusan besar kemungkinan kesakitan yang anda alami akan berulang. Kadangkala kesakitan yang anda alami bukan datang dari tempat yang sakit itu. Contoh, sakit dilutut mungkin terhasil dari masalah pinggul. Jika terapi magnet tidak mendatangkan sebarang tindak balas cuba alihkan ke bahagian lain. Terapi magnetik juga boleh diletakkan pada punca / tempat akupuntur. Sila rujuk pada pakar akupuntur untuk mempelajari bagaimana anda dapat menggunakan magnet secara lebih berkesan.

Berapa cepat terapi ini bertindak?
Ini bergantung kepada keadaan serta telah berapa lama anda mengalami kesakitan. Setiap orang akan mengalami tindak balas yang berbeza. Secara keseluruhan mereka yang berusia akan lebih cepat terasa tindak balas berbanding dengan orang muda. Bagi kecederaan yang serius, kebanyakan mereka akan merasa perbezaan dalam sehari dua dan kadangkala dalam beberapa jam atau minit. Dengan kesakitan atau keadaan yang kronik, ianya akan mengambil masa yang lama iaitu beberapa hari atau minggu sebelum merasai proses pemulihan tersebut.

Bila boleh saya hentikan penggunaan terapi magnetik ini?
Walaupun kesakitan dan kebengkakkan mulai pulih, pemulihan tisu yang rosak akan mengambil masa yang lama. (Tulang dan tisu akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan) Menghentikan secara serta merta boleh mengakibatkan kesakitan itu berulang. Sekiranya anda berhenti menggunakan terapi magnet ini dan kesakitan berulang anda hanya perlu menggunakannya kembali.

Bagaimana terapi magnet ini membantu dalam pemulihan kecederaan?
Dengan cara menganjalkan kapilari dan salur pembuluh darah kecil sekitar otot dan tisu-tisu berkaitan, darah yang mengalir kebahagian kecederaan akan meningkat. Oksigen dan nutrien yang dibekalkan kebahagian tersebut akan bergerak dengan pantas dan toksin pembengkakkan dinyahkan dengan lebih berkesan.

Bolehkah aliran magnetik menembusi tulang?
Ya. Selagi magnet yang digunakan itu cukup kuat dan ianya mampu menembusi sehingga ke tulang. Itulah juga antara saranan kami kepada mereka yang menghidapi masalah sendi dan tulang.

Bagaimana terapi magnet memulihkan kesakitan belakang?
Terapi magnet terbukti berkesan dalam kaedah rawatan sakit belakang jika digunakan dengan betul. Dengan meningkatkan aliran bekalan darah, kadar paras oksigen meningkat. Ini akan mengaktif dan menghidupkan sel seterusnya menjana aliran caj elektrikal disekitar dan sekeliling sel bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Kesakitan dapat diredakan oleh aliran negatif yang berkerja untuk mewujudkan keseimbangan elektrokimia terhadap saraf-saraf.

Bagaimana terapi magnet meredakan kesakitan pada sendi?
Aliran megnetik mempengaruhi tabiat sel dengan mengekang caj elektrikal disekitar dan keseluruhan sel. Peningkatan aliran darah akan membekalkan oksigen dan nutrien dengan mengaktifkan dan menghidupkan sel. Peningkatan kalsium akan disalur kebahagian tersebut bagi proses baik pulih dan perkembangan kartilaj dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan.

Bagaimana terapi magnet dapat memulihkan kesukaran untuk tidur?
Terdapat dua cara, pertama bila mana suasana tidur sering terganggu hasil dari kesakitan yang berlaku sebelumnya. Bila terapi magnet digunakan ianya akan memperbaiki kualiti tidur dengan mengurangkan kadar kesakitan.
'Gland pineal', yang terdapat ditengah-tengah otak, akan mengeluarkan sejenis kimia yang dipanggil 'melatonin'. Peningkatan semulajadi pengeluaran 'melatonin' pada sebelah petang akan membolehkan kita mendapat tidur yang nyenyak. Kitaran ritma tidur (Circadian rhythms) diselaras oleh 'gland pineal' yang menggerakkan aliran pengeluaran 'melatonin' sepanjang hari. 'Gland pineal' yang mengandungi kristal 'magnetite' adalah sejenis sistem magnetikal yang sensitif yang dipengaruhi oleh aliran magnetik.Semakin kita berumur, pengeluaran 'melatonin' berkurangan, lalu menjadikan tidur malam kita semakin sukar. Kadangkala perubahan cuaca dan lain-lain juga menyumbang kepada kitaran tidur yang akan mengganggu tidur kita. Dengan menggunakan aliran magnet diluaran dalam bentuk gelang, pengeluaran 'melatonin' akan seimbang dan ritma 'circadian' akan diselaraskan.

Boleh saya gunakan magnet jika saya hamil?
Sekalipun tiada kajian menyeluruh terhadap aliran magnet ketika mengandung. Protokol antarabangsa menyatakan bahawa magnet tidak boleh digunakan dalam masa 3 bulan pertama semasa hamil. Untuk lebih selamat, kami sarankan anda tidak menggunakan magnet sepanjang tempoh kehamilan tersebut.

Bolehkah magnet menjejaskan alat surgikal atau sebarang pemasangan dalam tubuh badan (pin / plate)?
Tidak. Pin surgikal, plate, skrew dan objek yang lain bukan magnetik ynag terdiri dari bahan keluli tidak mengganggu gugat peralatan tersebut.

Bolehkah gelang ini digunakan ketika beriadah?
Ya! Gelang magnet Edymium direka untuk memberikan keberkesanan sekali pun anda aktif dan akan menyalurkan keluar aliran haba dan peluh dengan lebih berkesan. Ini memberikan keselesaan dan mengekang peningkatan kepanasan suhu badan. Pemakaian gelang ini mungkin boleh menghindarkan kecederaan ketika beriadah.

http://www.edymium2u.com/steel.php

1 comments:

Unknown said...

salam.... sy nak tny berkenaan gelang ni... sy ingt nk beli yg baru... 1st sy beli dulu thn 2007... jenuh sy cari kt mane nk beli... tlg sy ye

(liza- 0194407098)

 

blogger templates | Make Money Online