Losyen Kamar Sutera

Produk Baru : Losyen Kamar Sutera (Untuk wanita)
Berat : 40mg
Kod : LKS
Harga : RM50


Contoh cara sapuan losyen Kamar Sutera pada bahagian sulit isteri.

Waktu guna


Langkah 1 :

Isteri disyorkan menggunakan Losyen Kamar Sutra 1 atau ½ jam sebelum bersama. Losyen akan meresap masuk ke permukaan kulit serta bertindak merawat sel-sel kulit supaya lebih aktif. Hasilnya keseluruhan kawasan yang disapu akan mampu lebih menguncup(grip). Manakala aroma herba yang digunakan akan bertindak menghilangkan bau yang tidak menyenagkan kepada bau yang lebih memberahikan

Langkah 2 :

Ketika hendak bersama sapukan lagi sekali Losyen kamar Sutera di keseluruhan faraj. Ianya bertujuan menambah aura kegahirahan dan kelekitan yang akan memberangsangkan anda dan suami.

Nota : Losyen Kamar Sutera ini diformulasi khas supaya tidak merbahaya jika termakan.

CARA PENGGUNAAN

Sapu losyen Kamar Sutra ke bahagian tepi faraj seperti gambar rajah. Tujuan sapuan adalah untuk mengecutkan pintu faraj dan agar ia melekit diantara pintu faraj. Sebaiknya lumur pada keseluruhan faraj. Selain itu ia juga mampu menanggalkan sel-sel kulit mati di sekitar faraj mahupun di kulit dan jika ia disapukan di kawasan yang berkenaan, kulit akan bertambah licin.

Nota : Anda boleh menguji keberkesanan losyen ini dengan cara berikut, Sapukan losyen ini di kawasan kulit yang kasar atau berkedut , setelah 2 jam( kering) basuh dan lap hingga kering. Anda akan dapati kawasan sapuan kulit tadi menjadi licin bersih( kurang kedut). Ini membuktikan losyen Kamar Sutra ini mampu meremajakan sel-sel kulit anda.

KELEBIHAN

Selain ia dapat mengecutkan /grip pada bahagian pintu faraj, ia juga mampu menanggalkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit terasa licin selepas menggunakannya.

Manjakani yang terkandung dalam losyen juga mampu merapatkan lapisan-lapisan tisu vagina dan pada masa yang sama, memulihkan kelembutan dan meremajakan saraf-saraf dalam faraj, oleh itu aktiviti seksual lebih menyeronokkan.




Mas Cotek

Kajian menunjukkan bahawa mas cotek mengandungi lima bahan aktif yang sangat diperlukan oleh sistem tubuh badan manusia iaitu Flavonoid, Tannins, Triterpenoids, Proanthocyanins dan Phenols. Bahan-bahan ini disahkan berkemampuan membantu mengatasi berbagai masalah kesihatan manusia. Diantara keupayaan penyembuhan yang telah diwarisi sejak zaman berzaman dan telah dibuktikan secara saintifik adalah keupayaannya mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin, selain menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan, mencantikkan dan melicinkan kulit serta awet muda.

Rumusan herba mas cotek juga dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaum wanita seperti keputihan, membantu menambah tenaga, melancarkan keberkesanan Vitamin C didalam rangkaian Anti-Oksida, serta mengawal Nitrit Oksida dan peredaran darah.



Sireh

Sejenis herba yang telah dimanfaatkan oleh kebanyakan penduduk Asia sejak zaman dahulu, manakala kajian moden juga memperakui akan kegunaan dan khasiatnya. Bahan aktif yang terdapat dalam daun sireh, terdiri dari chavibetol, chavicol, estragole, eugenol, methyl eugenol dan hydroxycatechol dan kandungan terpenes, terpenoids dan sesquiterpenes memiliki sifat-sifat aphrodisiac, iaitu merangsang keinginan seksual, selain ia berfungsi sebagai ‘stimulant’, antiseptik dan antibiotik. Selain itu ia juga berkeupayaan untuk menyembuhkan masalah ‘constipation’ bermaksud kesukaran untuk proses pengosongan ‘bowels’, merangsangkan untuk menstabilkan hormone, merawat kulit, bertindak sebagai perangsang urat saraf, penyegar otot dan sendi-sendi, mencegah lendir-lendir dalam sistem badan dan melancarkan peredaran darah, membantu melancarkan perjalanan dan putaran haid, membantu mencegah bau yang tidak menyenangkan terutama dibahagian intimasi wanita.




Manjakani

Mengandungi bahan aktif, terdiri dari tannins, tannic, gallic acids, ellagic acid, vitamin A & C, Calcium, Iron, Protein dan karbohidrat. Sangat popular sebagai rawatan untuk mengembalikan keanjalan dan bentuk asal sistem kelamin wanita, terutamanya selepas melahirkan anak. Juga berfungsi merawat dan memperbaiki serta sel-sel tisu vagina, selain sebagai pelincir, mengetat dan menguatkan otot-otot vagina. Sebahagiannya mempunyai ciri antiseptik bersifat antimikrobial, yang akan membantu menjaga kesihatan bahagian intimasi wanita, mengelakkan kegatalan dan membantu mengatasi lelehan vagina (vaginal discharge - leucorrhoea) yang menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Ia didapati berfungsi secara cemerlang sebagai antioksidan untuk mengatasi proses penuaan yang mendadak, dan tidak kurang pentingnya ia dapat mengekalkan warna semulajadi bahagian intimasi wanita.



Cinnamomum zeylanicum

Disamping aromanya yang menyegarkan yang terbit dari kandungan cinnamic aldehyde atau cinnamaldehyde , ia juga terkenal dengan kandungan ethylcinnamate, eugenol, cinnamaldehyde, beta-caryophyllene, linalool dan methylchavicol , telah dibuktikan mempunyai aktiviti antioksidan yang hebat, selain memiliki sifat dan ciri-ciri sebagai antimikrobial.


Habbatus Sauda’ – black seed

Habbatus sauda’ mengandungi lebih daripada 100 jenis kandungan bahan aktif yang sangat membantu kesihatan dan ia menunjukkan kehebatan kesan klinikal jauh mengatasi herba lain sebagai supplemen pemakanan.

Ia diketahui mengandungi kandungan asid lemak essential yang tinggi, sangat mustahak untuk kesihatan optima tubuh. Pakar kesihatan memperakui bahawa ia berkeupayaan sebagai antiseptic, anti-bakteria, anti-fungus, anti-yis anti-tosik berfungsi menghalang infeksi dan jangkitan. Selain itu ia disahkan sebagai mempunyai unsur anti tumor, yang mampu menghalang perkembangan dan pembentukan tumor. Secara umumnya ia juga berkeupayaan mencergaskan aktiviti seksual, melancarkan peredaran haid, mengatasi sakit puan (mestris, ophoritis, indomeferitis), sakit tuan (premature ejaculation) disamping berupaya membina keampuhan lelaki.



Minyak Kelapa Dara

Sejak sekitar awal 1930an saintis Eropah dan Amerika , yang melakukan kajian saintifik mendapati bahawa minyak kelapa dara mempunyai kandungan lemak "saturated, polyunsatured dan monounsaturated yang terdiri dari " fatty acid C6,C8,C10,C12,C14,C16,C18,C18-1 & C18-2 ” yang sangat berguna untuk kesihatan. " Lauric asid " (C 12) membentuk sekitar 45% hingga 55% , manakala “ capric asid ” (C 10) membentuk sekitar 5% hingga 8% kandungan fatty acid berkenaan. Kedua-duanya adalah merupakan ‘medium chain fatty acid’, menjadikannya mudah diserap kedalam kulit untuk terus digunakan oleh sel tubuh sebagai tenaga. Hasilnya ia sangat membantu untuk pembentukan sel baru sekaligus menggantikan sel-sel mati. Kulit akan kembali anjal , lembut dan gebu.

Selain itu Lauric asid dalam minyak kelapa dara juga mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk monolaurin didalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial. Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara , dapat membunuh virus jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr. Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.

Sementara capric asid adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang juga mempunyai kelebihan fungsi yang samabila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji terhadap kesannya keatas herpes simplex dan keberkesanan antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).

Selain itu kandungan antioksidan yang terdapat dalam minyak kelapa dara juga sangat membantu untuk kesihatan manusia.

0 comments:

 

blogger templates | Make Money Online