Kopi Kelapa Dara

Produk : Kopi Kelapa Dara (Lelaki & wanita dewasa)
Kod : KKD
Harga : RM40 (8 peket)
Kos Penghantaran : PERCUMA (Seluruh Malaysia)

Kopi Kelapa Dara adalah minuman berkhasiat yang dirumus khas dengan gabungan beberapa herba hebat yang kaya dengan khasiat dan tenaga. Ianya membantu melancarkan peredaran darah dan meningkatkan stamina. Dengan rasa hebat aroma kopi Arabica, tanpa kesan sampingan kopi biasa, pastinya akan menceriakan hidup anda.

Kelebihannya :

1) Produk Kopi Kelapa Dara Bio-Asli adalah gabungan herba terpilih utama dari seluruh dunia dan ianya diformulasikan saintifik.
2) Merupakan gabungan pelbagai herba utama yang tumbuh di banyak tempat di seluruh dunia iaitu di Eropah, China, India, Amerika, Australia, Timur Tengah, Afrika dan Asia.
3) Kajian dan penyelidikan oleh para saintis di seluruh dunia telah mengakui bahawa pengekstrakan kesemua herba tersebut adalah terbukti hebat secara saintifik dan sangat berkesan digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan termasuk untuk penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes, darah tinggi, Alzheimer, dan pelbagai masalah berkaitan sistem seksual lelaki dan wanita.
4) Bagi memastikan kualiti produk Kopi Kelapa Dara Bio-Asli adalah hebat dan betul-betul power, proses pembuatan dan adunan telah dibuat di kilang yang bertaraf GMP.
5) Berdasarkan kajian dan testimoni yang telah dijalankan terhadap 15 orang selama sebulan, maklum balas yang diterima adalah positif dan berkesan untuk pelbagai masalah kesihatan. Berikut merupakan sebahagian testimoni yang diterima dari orang ramai :





Sariman - darah tinggi

- Kesan rawatan awal : Hari pertama terasa sakit di bahagian betis (kesan yang dialami akibat proses peredaran darah yang tidak lancar di kawasan tersebut). Herba memperbaiki proses peredaran darah dan membesarkan arteri bagi memudahkan pengaliran darah ke seluruh badan. Masalah kesihatan yang mungkin dihadapi : Masalah peredaran darah. Hari berikutnya setelah mengambil kopi kelapa dara kesan sampingan yang dialami semakin berkurangan dan tahap kesihatan serta tenaga dalaman meningkat luar biasa.




Ustaz Mat - buku lali

- Kesan rawatan awal : rasa sakit di bahagian buku lali ketika sujud semasa solat subuh. Masalah kesihatan yang mungkin dihadapi : Masalah peredaran darah.




Pn.Habibah - rasa sihat, lebih ceria dan lebih bertenaga.



Ishak - darah tinggi

- Kesan rawatan awal : kepala rasa berdengung, sakit pada kawasan urat pinggul dan betis tidak boleh diangkat. Pemeriksaan darah tinggi, menurun iaitu 116/74 (saluran darah mengembang menyebabkan aliran darah lebih lancar). Mengalami cirit-birit pada waktu pagi. Bagaimanapun, selepas makan secara berterusan sebanyak 4 peket, rasa lebih bertenaga dan tiada lagi rasa sakit pada kawasan pinggul dan betis seperti yang dialami sebelum ini. Beliau berpendapat Kopi Kelapa Dara ini betul-betul Power.




Nota : Pengguna produk Kopi Kelapa Dara Bio-Asli harus bersabar dengan ketidakselesaan yang mungkin dialami semasa proses penyembuhan iaitu dalam jangka masa seminggu. Selepas kesan rawatan awal (proses penyembuhan) yang dialami, pengguna akan berasa lebih sihat dan bertenaga. Walaubagaimanapun, jika kesan yang dialami berpanjangan, pengguna dinasihatkan berhenti dahulu mengambil produk ini dan dapatkan nasihat doktor. Bagi sesetengah pengguna mungkin tidak mengalami simptom-simptom kesan rawatan awal (penyembuhan), bahkan berasa lebih sihat dan bertenaga.

Kandungan : Kopi segera, krimer kelapa, gula, coffee flavour powder, Horny Goat Weed, Tribulus Terrestris, Saw Palmetto, American Ginseng, Ginkgo Biloba.


Fakta Nutrisi Setiap 100g Setiap hidangan 20g
Tenaga 389 kkal 78 kkal
Lemak 1.10 g 0.20 g
Karbohidrat 90.0 g 18.0 g
Protein 4.80 g 1.00 g

RINGKASAN KEBAIKAN SETIAP HERBA


Mr. Yoichi Yamazaki

Lacturer of Japan International Cop.

Krimer Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik dan asid kaprik yang amat berguna dalam tubuh. Kedua-duanya digunakan oleh tubuh untuk membuat 'fatty acid derivative' yang dipanggil monolaurin dan monocaprin. Ianya bersifat antiviral, antibakterial dan antiprotozoal yang digunakan oleh tubuh untuk memusnahkan lapisan lipid dan phospholipids pada envelope virus yang menyebabkan disintegrasi virus berkenaan. Minyak kelapa dara mampu mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, menyokong sitem imunisasi tubuh, mengurangkan risiko sakit jantung, memperbaiki sistem penghadaman, mempertingkatkan tenaga harian, mengatasi tiroid, diabetes, dan kelesuan yang teruk, menurunkan berat badan dan mengembalikan keremajaan kulit.

American Ginseng

American ginseng telah dibuktikan berjaya meningkatkan potensi seksual lelaki. Pengkaji mendapati ginseng mengandungi bahan tertentu yang merangsang penambahan keaktifan hormon seks sekaligus menambah kekuatan lelaki dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Di Rusia, doktor mendapati bahawa ginseng dapat mengubati pesakit yang menderita akibat masalah kemandulan. Di samping itu, ginseng juga berkesan kepada kaum wanita dengan memantapkan kitaran haid mereka iaitu tetap pada masanya.

Ginkgo Biloba

Ginkgo biloba digunakan dalam perubatan tradisional untuk memperbaiki proses peredaran darah dan menguatkan daya ingatan. Ginkgo digunakan secara meluas di Jerman dan Perancis untuk penyakit Alzheimer dan penyakit lain berkaitan otak dan mental. 2 komponen penting dalam ginkgo biloba adalah flavonoid dan terpenoid. Flavonoid mempunyai kesan antioksidan yang berpotensi tinggi dengan melindungi saraf, otot jantung, saluran darah dan retina daripada rosak. Manakala terpenoid memperbaiki aliran darah dengan mengembangkan saluran darah dan mengurangkan kelekitan platlet. Selain itu, ginkgo juga meningkatkan pengaliran darah ke penis seterusnya menyokong dan mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seks.

Horny Goat Weed

Horny goat weed atau nama saintifiknya epimedium sagittatum adalah antara herba yang bertindak sebagai agen afrodisia yang boleh meningkatkan keinginan seks termasuk menambah penghasilan libido bagi lelaki dan wanita, memperbaiki tahap ereksi lelaki, mengembalikan keinginan seks, melegakan kelesuan dan membantu melegakan gejala akibat menopause bagi wanita seperti kemurungan, kurang minat terhadap seks dan kekeringan faraj.

Saw Palmetto

Saw Palmetto digunakan secara meluas untuk merawat masalah seksual yang berkaitan dengan simptom pembesaran prostat, masalah berkaitan sistem urinari, batuk dan sesak nafas. Selain itu, saw palmetto juga popular digunakan untuk pembesaran payudara, tenaga seksual, menyeimbangkan metabolisma, menaikkan selera makan dan membantu penghadaman. Kajian di Amerika Syarikat telah membuktikan Saw Palmetto begitu berkesan di dalam melegakan simptom Benign Prostatic Hyperplasia (BHP). Simptom BHP termasuk kekerapan dan keinginan kencing yang sukar dikawal, kesukaran dan kesakitan ketika kencing dan gangguan pengaliran kencing.

Tribulus Terrestris

Di Eropah, tanaman yang juga dikenal dengan nama ''Puncture Vine'' atau Caltrop ini telah digunakan sebagai herba stimulan untuk meningkatkan libido (kemampuan seksual) lelaki dan wanita sejak berabad-abad yang lalu. Selain itu, tanaman ini juga digunakan dalam perubatan hati, ginjal, serta penyakit saluran pencernaan. Tribulus dapat membantu masalah seksual kerana memiliki komponen yang disebut protodioscin. Zat ini akan diubah menjadi hormon dehidroepiandosteron atau DHEA, yang merupakan stimulan untuk penghasilan hormon testosteron dan estrogen. Secara ringkasnya, tribulus merangsang tubuh untuk membentuk hormon testosteron dan estrogen.

1 comments:

parvina said...

I love your article. you can visit my website.
xe currency xe currency

 

blogger templates | Make Money Online